KOHALAGEL

GALERI AKTIVITI KOHALAGEL

2025

TOUR MASJID SYARIFAH FATIMAH JITRA

14 – 17 Ogos 2025 | Masjid Syarifah Fatimah, Jitra, Kedah

FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2025

29 – 29 Julai 2025 | Muzium Padi, Alor Setar, Kedah

HARI KOPERASI NEGARA 2025

25 – 27 Julai 2025 | MITC Melaka

ASEAN HALAL EXPO 2025 - AHEX 25

25 – 29 Jun 2025 | Asean Mall Pattani, Thailand

LANGKAWI TOUR

11 – 15 Jun 2025 | Masjis Al-Ehsan Kampung Temonyong, Langkawi, Kedah

SATUN HALAL STREET 2025

31 May – 2 Jun 2025 | SAtun National Meseum Kuden Mansion

PROGRAM JOM@COOP + BICARA ILMU

6 Februari 2025 | Hotel Starcity, Alor Setar, Kedah

Program Jom@Coop+Bicara Ilmu “Isu dan Cabaran Tatakelola Koperasi”. Program perasmian penutupan telah disempurna oleh YBhg. Dato’ TPr. Suki Mee, Anggota Lembaga, Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Antara yang menarik sepajang program ini berlangsung adalah sesi perkongsian Koperasi yang disampaikan oleh Cik Mahyoun Mashor (Setiausaha, Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Bhd), sesi Bicara Ilmu “Isu dan Cabaran Tatakelola Koperasi” yang disampaikan oleh Dr. Hjh. Hayati binti Md Salleh (Pengerusi, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Bhd). Terdapat 10 reruai pameran dan jualan sepanjang program ini melibatkan agensi menyelia koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA Negeri Kedah, Koperasi Kumpulan Halagel Kedah Berhad (Kohalagel), Bank Rakyat serta pelbagai koperasi di Kedah. IKMa Zon Utara mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga koperasi yang masih setia dan menyokong IKMa Zon Utara .

LAWATAN PRASEKOLAH SK CHANGKAT IBUL

19 Januari 2025 | Halagel Sungai Petani, Kedah

Kunjungan daripada adik-adik Prasekolah dari Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul ke kilang Halagel baru-baru ini berlangsung dengan jayanya! Menariknya, Captain Ora sendiri yang menyambut mereka di kilang. Adik-adik semua telah dibawa ke fasiliti pembuatan ubat gigi dimana mereka diberi pendedahan tentang pembuatan ubat gigi. Jangan lupa untuk berus gigi!
 

2024

ALBUSYRA YEAR END FOOD FESTIVAL 2024

27 – 31 Disember 2024 | Masjid Al- Busyra Merbok, Kedah

Program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Masjid Albuysra Merbok ini merupakan program yang di nanti-natikan oleh penduduk sekitar. Festival ini berlangsung selama 4 hari dan kemuncak pada malam terakhir adalah sambutan tahun baru 2025 dengan alunan selawat, azan dan juga takbir. Halagel merupakan sponser utama dalam festival ini dan Kohaalgel ditugaskan untuk membuat jualan kepada pengunjung. Sambutan amat menggalakan dan pelbagai maklum balas yang diterima dari para pengunjung yang hadir membeli.

JUALAN GUDANG HALAGEL 2024

11 – 17 Disember 2024 | Gudang Halagel Sungai Petani, Kedah

Jualan gudang halagel yang dianjurkan oleh Kohalagel merupakan program tahunan yang akan di adakan pada setiap hujung tahun. Penganjuran kali ini lebih meriah dengan aktiviti-aktiviti dan penambahan gerai jualan makanan pada tahun ini memberikan pilihan kepada orang ramai. Jualan gudang kali ini berlangsung selama 7 hari dan pelabgai aktiviti dianjurkan seperti pameran dari majlis perbandaran Sg.Petani, pemeriksaan kesihatan dari Pantai Hospital, kaunter Pejabat Zakat Negeri Kedah, pertandignan mewarna dan cabutan betuah yang menawarkan hadiah keseluruhannya bernialai RM5,000. Gerai makan yang terlibat antaranya Udins Laksa Sotong, Nasi Kabsah Ust,Firdaus Firabib, Kopi Gantung Perlis dan Teh Ais Pak Saad. Sambutan amat meriah oleh para pengunjung dan hasil jualan yang amat memberangsangkan. Majlis penutup pada hari terakhir disertai oleh duta Halagel Ust.Firdaus Firabib dengan membuat cabutan bertuah bagi kesemua hadiah-hadiah yang ditawarkan.

MISI AYAQ BAH

7 Disember 2024 | Halagel Sungai Petani, Kedah

Misi bantuan mangsa banjir ini dianjurkan oleh pihak Masjid Albusyra Laguna merbok dengan kerjasama Firabib Group, Halagel dan juga pihak Jabatan Pertahanan Awam Kedah. Bantuan yang disalurkan kepada rumah-rumah yang terkesan dengan banjir yang berlaku di kawasan Anak Bukit Alor Setar. Wang tunai sumbangan orang ramai dan juga nasi kabsah di edarkan kepada penduduk yang ada di rumah yang kebanyakkannya sedang mencuci dan mengemas rumah mereka, namun masih ada lagi rumah yang di tengelami air.

JERAI

30 November 2024 | Rimba Lubuk Kawah, Yan, Kedah

Jerai Geopark Trail Run 2024 dan uji ketahanan fizikal serta mental anda dalam larian mendebarkan yang melalui keindahan alam semula jadi Jerai Geopark. Pemandangan Menakjubkan dimana peserta dapat menikmati keindahan Gunung Jerai yang kaya dengan kepelbagaian geologi, flora, dan fauna. Pengalaman unik berlari melalui laluan alam semula jadi yang penuh cabaran sambil menyelami warisan sejarah Jerai Geopark. Halagel merupakan sponser bersama dalam menjaya aktiviti ini, gerai jualan dan promosi barangan Halagel juga di buka disini dan edar risalah jualan gudang juga dilaksanakan di sini.

LAWATAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KEDAH

6 November 2024 | Halagel Sungai Petani, Kedah

Seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan dan ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan lawatan ke Halagel yang disambut oleh pengerusi Kohalagel, En. Hizham Rahmat. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah, Pn. Norzila binti Nayan. Objektif lawatan kali ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai produk-produk Halagel kepada kakitangan dan ahli koperasi yang terlibat. Pelawat juga turut di bawa ke sekitar kawasan industri di mana pembuatan dan pembungkusan produk-produk Halagel dilakukan. Pendedahan terperinci mengenai Halal juga tidak terkecuali, di mana pelawat didedahkan dengan proses halal yang terlibat di Halagel. Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke koperasi Halagel dan sesi bergambar bersama para staf dan pelawat

LAWATAN KILANG DARIPADA MEDIVEST SDN BHD

5 November 2024 | Halagel Sungai Petani, Kedah

Seramai 24 kakitangan Medivest Sdn Bhd telah mengadakan lawatan ke premis Halagel yang disambut oleh pengurus kilang, En. Hizham Rahmat. Lawatan yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai produk-produk keluaran Halagel serta proses pembuatannya. Para pelawat telah diberi peluang untuk melawat ke sekitar kawasan kilang serta melihat sendiri proses pembuatan pelbagai jenis produk Halagel. Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke koperasi Halagel dan sesi bergambar bersama para staf dan pelawat.

MAROI FESTIVAL 2024 PATTANI

31 Oktober – 3 November 2024 | Asean Mall Pattani, Thailand

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata MAROL, yang bermaksud “Malaysia Sedap, berfungsi sebagal platform penting bagi jenama dan produk Malaysia untuk menembusi pasaran Thailand. “Pelbagai jenama dari Malaysia telah berjaya memasuki pasaran Thailand melalui MAROL, yang sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memacu kemajuan ekonomi setempat,” katanya selepas majlis perasmian festival itu malam tadi. Festival MAROI 2024 itu telah menarik lebih 60,000 pengunjung.

la dianjurkan oleh UNITI Asia Link Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat One Stop Center Co. Ltd dan ASEAN Mall Pattani, serta disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPON), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Bangkok. Menurut Ahmad Fahmi, selain Malaysia, MAROI juga berjaya menarik minat penyertaan negara anggota ASEAN lain untuk meneroka peluang pasaran di wilayah selatan Thailand. Kohalagel merupakan salah satu rerurai yang terlibat dalam Maroi Festival kali ini. Ini merupakan salah satu platfom untuk Kohalagel untuk mempromosikan produk Halagel di selatan Thailand.

ZIARAH MARHABAH

27 Oktober 2024  | Merbok, Kedah

pdf-ebook-mockup.png

KURSUS 'LEADERSHIP COMUNICATION FOR LEADERS'

8 – 9 September 2024  | The Jerai Hotel Sungai Petani

Kursus ini di hadiri oleh semua ahli lembaga koperasi, pengurus dan juga audit dalam koperasi. Kursus ini memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan ciri-ciri untuk menjadi seorang ketua yang lebih baik. Semua peserta memberikan komitmen yang tinggi bagi melengkapkan modul-modul tentang Asas Komunikasi dan 5 jenis Leadership Communication Strategies yang telah di sediakan oleh tenaga pengajar. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Afizah Ayob yang juga pengarang buku “Boss Tolonglah Dengar”.

 

Dapatkan eBook beliau secara percuma di https://afizahayob.com/

 

KARNIVAL "JOM MASUK KVSP2" PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

2 September 2024  | Kolej Vakasional Sungai Petani 2

Karnival ini telah berjaya menghimpunkan 30 buah sekolah di utara dalam mempromosikan jurusan yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Aktivit jualan makanan oleh persatuan sekolah, food truck, berkuda dan pelbagai lagi aktiviti bagi memeriahkan lagi karnival kali ini. Agensi-agensi kerajaan dan universiti juga turut hadir membuat pameran perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Kohalagel membuka gerai jualan produk koperasi dan produk Halagel, sambutan amat baik dari para pengunjung. 

 

AL BUSYRA MERDEKA FOOD FESTIVAL 2024

29 Ogos – 1 September 2024  | Masjid Al Busyra Merbok, Kedah

Festival yang di adakan di kawasan Masjid Albusyra Merbok ini berlangsung selama 4 hari dan pelbagai aktiviti bersama masyarakat telah di anjurkan. Jualan makanan, jualan produk, sukan rakyat, fun run, ceramah, selawat dan nasyid antara aktiviti yang telah berlangsung. Festival ini berjaya menghimpunkan masyarakt setempat dan luar bagi mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan masjid.

Kohalagel mewakili Halagel yang juga penaja dalam festival ini bagi mempromosi dan membuat jualan sepanjang festival ini berlangsung. Kami menerima sambutan yang amat baik oleh para pengunjung yang hadir dan telah mendapat pelbagai maklum balas berkenaan produk keluaran Halagel.

ASEAN HALAL EXPO 2024 - AHEX

25-29 Julai 2024  | Asean Mall Pattani, Thailand

Expo kali ini dianjurkan oleh UNITI Asia Link Sdn Bhd; One Stop Center Co Ltd dan Asean Mall. Ia turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak lain, seperti Universiti Fatoni; Jabatan Halal Universiti Prince of Songkhla; Koperasi Ibnu Affan; Kolej UNITI Sdn Bhd; Mubarak Halal Food Fest; Adabi; dan Mountain Brand.

Kohalagel berkerjasama dengan Hala Gel Coop Thailand meneroka pasaran di Thailand bagi memenuhi permintaan yang ada terhadap industri produk halal di sana. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti padanan perniagaan dan juga saluran pasaran dengan pengedar tempatan di sana memberikan gambaran jelas berkenaan peluang pasaran yang ada. Dengan kehadiran Pengurus Pembanggunan Perniagaan Halagel En. Mokhzani Ahmda Rodzi dan duta Halagel Ustaz Firdaus Firabib di AHEX memeriahkan lagi majlis pelancaran produk Halagel di sana. Mereka juga terlibat dalam forum pada sebelum majlis perasmian berkenaan kepentinggan produk halal di dalam pasaran.

BULAN KOPERASI KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH

24 – 25 Julai 2024  | Raia Hotel Convention Centre, Alor Setar, Kedah

Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2024.
Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 24-25 Julai 2024 (Rabu- Khamis) di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Majlis Perasmian bagi Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2024 ini juga telah disempurkan oleh : YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) (Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Kohalagel merupakan salah satu koperasi yang terlibat dalam pameran dan jualan pada sambutan tersebut. 

BULAN KOPERASI KEBANGSAAN 2024

5-7 Julai 2024  | Komplek JPS, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis

Majlis Penutup Bulan Koperasi Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) Pengerusi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Majlis penutupan ini telah diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Memasak (Aneka Kerabu), Pertandingan Gubah Buah-buahan, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sepak Raga Tuju dan Pertandingan e-Sport. Turut diadakan, Penyampaian sijil kepada peserta Eksplorasi Koperasi Negeri Perlis dan cabutan bertuah.

Kohalagel telah terlibat di dalam booth pameran dan jualan yang memberikan peluang kepada Kohalagel dalam memasar dan mempromosikan produ-produk yang di ada.

FESTIVAL HALAL UUM 2024

26-27 Jun 2024  | Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia

JUALAN AGRO MADANI - PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI

9 Jun 2024  | Padang Awam, Taman Keladi Sungai Petani

Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Sungai Petani yang diadakan pada 9 Jun 2024 di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani. Program kerjasama bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani ini merupakan program turun padang dan sesi libat urus Jabatan Penerangan Malaysia bersama masyrakat setempat. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini seperti Jualan Agro Madani, Jualan Peniaga Tempatan, pameran dari pelbagai agensi dan sukan rakyat. Turut hadir dalam program ini Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah Nasrudin H.Mahmud dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Muhammed Taufiq Johari yang turut merasmikan program tersebut.

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA NEGERI KEDAH

31 Mei – 1  Jun 2024  |  Komplek Belia dan Sukan Negeri Kedah

Mengangkat tema “Yakin Boleh”, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2024 antaranya bacaan Ikrar Belia Malaysia, aktiviti sukan dan rekreasi, persembahan seni dan kebudayaan, pameran jabatan/ agensi kerajaan, swasta dan NGO dan banyak lagi. Seterusnya, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024.

PROGRAM MADANI RAKYAT ZON UTARA

3 – 5  Mei 2024  |  Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang
Program MADANI Rakyat 2024 ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan. Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI

Kohalagel merupakan 2 koperasi mewakili gerakkan koperasi Negeri Kedah. Sambutan yang diterima amat meriah oleh warga utara yang mengambil peluang untuk membeli belah dengan harga yang lebih rendah. Kohalagel juga menawarkan potongan sehingga 40% tambahan pula subsidi potongan harga yang berikan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

LAWATAN KILANG DARI KAMPUNG DODOL PULAU PINANG

25  Februari 2024  |  Halagel Sungai Petani

KARNIVAL USAHAWAN & JUALAN MEGA MADANI - KUJMM

23 – 25  Februari 2024  |  Tapak Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menganjurkan Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 bertempat di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis bermula 23 hingga 25 Februari 2024. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan program ini yang turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Majlis perasmian KUJMM KUSKOP 2024 juga akan dihadiri oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Duli-duli Tuanku turut berkenan menyaksikan penyampaian 6 cek bantuan pembangunan dan pembiayaan perniagaan oleh 5 agensi iaitu TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SME Corp Malaysia, SME Bank dan Bank Rakyat berjumlah RM12,433,960 kepada usahawan dan koperasi di Perlis yang layak. KUJMM KUSKOP 2024 menyasarkan kehadiran 8,000 pengunjung dengan menawarkan jualan barangan keperluan serta perkhidmatan usahawan dan koperasi pada kadar harga diskaun sehingga 20% kepada masyarakat setempat sekali gus membantu memperluaskan pemasaran produk usahawan dan koperasi. Sebanyak 49 tapak jualan KUJMM KUSKOP 2024 telah disediakan kepada usahawan, koperasi dan Agro MADANI bagi menawarkan jualan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk kelengkapan sekolah terus dari kilang, pakej pelancongan, pertanian dan sebagainya.

LAWATAN KILANG DARI MAAHAD TAHFIZ AL-ISLAH SG.PETANI

29 Januari 2024  |  Halagel Sungai Petani, Kedah

JUALAN AGRO MADANI JAN 2024

28 Januari 2024  |  FAMA Sungai Petani, Kedah

HALAGEL BERSAMA MEDIA DI SUNGAI MERBOK

16 Januari 2024  |  Merbok Sungai Petani, Kedah
Pihak Halagel telah berkesempatan untuk turut bersama para media berkunjung ke Sungai Merbok bagi merasai sendiri pengalaman menaiki bot yang baru dirasmikan. Pihak Halagel dibawa menyelusuri sepanjang Sungai Merbok, di mana pengunjung disajikan dengan permandangan hijau paya bakau, serta keindahan Gunung Jerai.

Inisiatif yang di bawa oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Sungai Petani, dan menyemarakkan lagi aktiviti ekonomi kawasan sekitar. Ini sejajar dengan pemerkasaan program Jerai Geopark yang telah diperkenalkan.

LAWATAN KILANG DARI SRITI ISTIQAMAH MERU RAYA

8 Januari 2024  |  Halagel
Seramai 44 orang murid serta guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Istiqamah, Meru Raya telah mengadakan lawatan ke kilang Halagel. Lawatan buat pertama kalinya pada tahun ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para murid sekolah rendah tersebut mengenai pendedahan dan pembuatan produk halal. Warga Halagel berbesar hati menerima lawatan yang diadakan dan mengharap agar lawatan bermanfaat sedemikian rupa dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

2023

KARNIVAL USAHAWAN NEGERI KEDAH 2023 DI BOOTH KFV (KEDAH FOOD VALLEY)

21-23 Disember 2023  | Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Kedah

Hari ini merupakan hari pertama dan hari perasmian bagi Karnival Ushawan Negeri Kedah 2023 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor setar Kedah. Dato’ Hj. Mohd Salleh Saidin, Exco Perlancongan, Kebudayaan dan keusahawanan Negeri Kedah turun memberi ucaptama seterusnya merasmikan Karnival Usahawan Kedah 2023 yang bermula hari ini hinggalah pada malam 23hb December 2023. Turut hadir memberi ucapan adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.Bhg Dato’ Hj. Fauzi bin Mustaffa. Timbalan Yang DiPertua DPMM Kedah, Tuan Hj. Zulkifli Khamis turut hadir mewakili DPMM Kedah naik ke pentas bagi menerima sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri Kedah atas keterlibatan dalam Karnival usahawan tahun ini.

Karnival kali ini menawarkan 60 booth pameran dan jualan barangan kering, 30 gerai makanan dan minuman serta 10 tapak food truck. DPMM Kedah juga turut serta dengan menempah 1 pavilion booth untuk ahli-ahli Dewan menjual dan mempromosi produk2 mereka. Selain karnival jualan dan pameran terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi Pemadanan Perniagaan, sesi bicara usahawan, taklimat dan pocket talk bersama agensi, hiburan artis tempatan, demonstrasi masakan, pertanian, kraftangan dan banyak lagi. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui UPUK dibawah BPEN yang sentiasa berusaha membantu para usahawan membangunkan keupayaan usahawan dengan melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan seperti Karnival Usahawan ini.

KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA

13 – 15 Disember 2023  | IOI City Mall, Putrajaya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Disember ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya. KPDN pada kenyataan semalam, memaklumkan acara tahunan itu yang membabitkan 100 pempamer pelbagai produk tradisional dan inovasi moden, akan menjadi platform penting buat peniaga untuk mengetengahkan produk serta mengembangkan jalinan dan bekerjasama dengan rakan strategik yang berpotensi.

“Pengunjung berpeluang meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia dan ini adalah peluang yang baik bagi pengguna untuk menemukan produk baharu di samping menyokong perniagaan produk tempatan serta berbangga dengan warisan negara. “Antara objektif utama yang ingin disampaikan adalah produk tempatan bukan sahaja mempunyai kualiti bertaraf dunia tetapi juga mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara,” katanya.

LAWATAN KILANG DARI SMK PERLIS

6 Disember 2023  | Halagel Sungai Petani, kedah

Seramai 40 orang murid dan 12 orang guru dari SMK Perlis telah mengadakan lawatan ke kilang Halagel pada Ahad lepas di mana para pelajar dan guru di bawa meninjau kawasan sekeliling kilang Halagel.

Murid-murid juga diberi pendedahan kepada proses pengeluaran sesuatu produk sebelum sampai ke tangan pengguna, operasi kilang untuk menjana keuntungan, dan mendedahkan kerjaya yang ada kepada murid-murid dalam sektor yang berkaitan.
Lawatan diakhiri dengan pemberian hadiah diikuti dengan kunjungan ke koperasi Halagel untuk pembelian cenderahati.

LAWATAN KILANG DARI UITM MERBOK

4 Disember 2023  | Halagel Sungai Petani, kedah

Para pelajar jurusan Pengurusan Operasi dari UiTM Merbok, Kedah telah mengadakan lawatan ke kilang Halagel pada Ahad lepas. Seramai 41 pelajar telah mengambil bahagian dalam lawatan kali ini. Antara intipati lawatan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar UiTM Merbok mengenai amalan penjagaan alam sekitar, proses pembuatan produk Halagel, lawatan ke sekitar kilang, dan lain-lain. Semoga perkongsian oleh para panel bermanfaat kepada pelajar semua.

ASEAN HALAL EXPO 2023 (AHEX2023)

29 November – 3 Disember 2023  | Asean Mall Pattani, Thailand

Profesor Madya Dr. Ismail Luthfi Japakiya, Rektor Universiti Fatoni, Thailand – yang mewakili Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara Thailand, serta Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Wan Muhammad Noor Matha – merasmikan EKSPO HALAL ASEAN 2023 (AHEX ’23) di pusat beli-belah ASEAN MALL Wakaf di Pattani, Thailand.

AHEX ’23, dalam edisi kedua yang berlangsung pada 29 dan 30 November 2023, berjaya mengumpulkan lebih 120 usahawan dari Malaysia, Thailand dan Singapura. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memupuk lebih ramai usahawan eksport, AHEX ’23 bekerjasama dengan agensi kerajaan Malaysia seperti SME Bank, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian dan Makanan. Assurance (KPKM), Unit Kemajuan Usahawan Kedah (UPUK), Unit Perancang Ekonomi Kelantan (UPEN Kelantan), Gerakan Koperasi Negara Malaysia Berhad (ANGKASA), dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang kesemuanya membantu menyediakan pembiayaan kepada usahawan. yang menyertai ekspo tersebut. Bank Muamalat Malaysia Berhad turut menaja AHEX ’23.

LAWATAN KILANG DARI AHLI MASJID AL-KHAFI

26 November 2023  | Halagel Sungai Petani, kedah
Perkenalan berkenaan produk-produk baharu keluaran Halagel berserta dengan lawatan untuk melihat sendiri pemprosesan dan penghasilan produk di kilang Halagel, begitulah antara intipati perjumpaan semasa kunjungan AJK dan ahli Masjid Al-Kahfi ke kilang Halagel. Dalam kunjungan yang sama, para rombongan telah dibawa meninjau ke premis pembuatan produk Halagel, dimana mereka di bawa untuk melihat proses penghasilan ubat gigi Halagel dan softgel Halagel dihasilkan. Qariah juga dibawa melawat keseluruhan kawasan kilang dan mengakhiri lawatan dengan berkujung ke koperasi Halagel. Semoga lawatan sedemikian dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PELAJAR UNIKL

22 November 2023  | Halagel Sungai Petani, kedah

Halagel telah menerima lawatan daripada para pelajar farmaseutikal UniKL pada Khamis lepas. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan pelajar tahun akhir teknologi farmaseutikal UniKL ini mengenai manual amalan pensijilan halal, gelatin serta sejarah penubuhan, operasi dan bisnes Halagel.
Para pelajar juga telah dibawa untuk melawat premis Softgel Halagel, di mana mereka dapat mempelajari dengan lebih dekat proses penghasilan softgel ini. Selesai lawatan, mereka telah dibawa ke koperasi Halagel untuk melihat dan membeli produk keluaran Halagel. Pihak Halagel berterima kasih atas kunjungan yang telah diadakan, dan berharap agar program sedemikian dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

JUALAN GUDANG HALAGEL 2023

1 – 10 November 2023  | Gudang Halagel Sungai Petani, kedah

 

JELAJAH MINI JOM BELI BARANGAN MALAYSIA

21-23 September 2023  |  Aman Centrel Alor Setar, Kedah

Yang Berbahagia Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Utara yang berlangsung pada 21 September hingga 23 September 2023 bertempat di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah.

Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Utara ini adalah bagi menggalakkan rakyat di kawasan utara untuk memberikan keutamaan kepada barangan buatan tempatan dan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023.

Untuk makluman, pada hari ini terdapat dua puluh (20) pempamer yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Utara dan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster dari keunikan empat negeri berbeza di Utara iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan dan KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu kos sara hidup yang meningkat dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Antara inisiatif-inisiatif KBBM yang dilaksanakan pada tahun ini termasuklah melalui inisiatif pemerkasaan produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan dan platform dalam talian, inisiatif media animasi digital, inisiatif jualan bertema berdasarkan segmen khusus dan juga pelaksanaan Jelajah Mini KBM yang akan menjelajah ke 5 zon/wilayah di Malaysia di samping pelaksanaan acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia pada penghujung tahun nanti.

KARNIVAL KOPERASI DAN JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL S.P

14 September 2023  |  Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Kedah

Lawatan Qariah Masjid Toh Puan Hatijah Ke Kilang Halagel

13 September 2023  |  Kilang Halagel Sungai Petani
Perkenalan berkenaan produk-produk baharu keluaran Halagel berserta dengan lawatan untuk melihat sendiri pemprosesan dan penghasilan produk di kilang Halagel, begitulah antara intipati perjumpaan semasa kunjungan qariah Masjid Toh Puan Hatijah ke kilang Halagel bertempat di Sungai Petani, Kedah. Dalam kunjungan yang sama, rombongan qariah telah dibawa meninjau ke premis pembuatan produk Halagel, dimana qariah dapat melihat bagaimana Ubat Gigi Halagel dan Softgel dihasilkan. Qariah juga dibawa melawat keseluruhan kawasan kilang dan berkesempatan membeli-belah di Koperasi Kumpulan Halagel Kedah Berhad. Kami dari kumpulan Halagel berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan dan kunjungan yang diadakan. Kami berharap agar kunjungan seperti ini dapat diadakan lagi untuk masa yang akan datang.

MIHAS 2023

12-15 September 2023  |  MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre)

Majlis Kesyukuran Pembukaan Pejabat Hala Gel Koop Thailand

6 September 2023  |  Padang Besar, Thailand
Majlis kesyukuran ini di adakan bersama penduduk setempat bagi mengwar-warkan kehadiran produk Halagel di Thailand. Pembukaan pejabat ini merupakan langkah pertama Koperasi untuk memperluaskan pasaran produk keluaran Halagel dan Koperasi sendiri. Kehadiran wakil dari tiga buah masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid ini bagi menyumpurnakan majlis bacaan yasin, doa selamat dan solat hajat agar dipermudahkan urusan kami di tanah Thailand ini.

Hari Koperasi Negara 2023 - HKN2023

21-23 Julai 2023  |  Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan HKN di Sabah berjaya mencapai sasaran dan mendapat sambutan amat menggalakkan. “Hari Koperasi Negara yang diadakan di sini adalah satu platform terbaik pengusaha tempatan menjalinkan kerjasama dengan usahawan dari luar negeri.Sepanjang tiga hari sambutan, pelbagai acara menarik diadakan termasuk pameran / produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan, Jualan Madani Koperasi (JMK), Jualan Food Truck dan Pameran e-sports dan Mini Game. Turut diadakan pameran dan klinik perkhidmatan Kementerian, Agensi dan Korporat, Padanan Perniagaan, Program Ayok Cari Kerja dan Jom Masuk IPT dan perkongsian kejayaan koperasi.

Kohalagel merupakan salah satu koperasi yang menyertai pameran ini dan sambutan yang diterima oleh pihak Kohalagel sangat memberangsangkan. Bukan itu sahaja pihak Kohalagel juga mendapat peluang rakan niaga di Sabah untuk memperluaskan lagi pasaran produk keluaran kami ke tanah borneo ini.

Lawatan Ke Ladang Madu Kelulut Universiti Malaysia Terengganu

31 Jun 2023  |  Hutan Simpan Mercang, Marang, Terangganu
Projek Penternakan kelulut ini dijalankan di Ladang Hutan Simpan Akasia, Merchang, Terengganu. Merupakan produk penyelidikan di bawah Universiti Malaysia Terengganu. 

2022

KARNIVAL PRIHATIN NEGARA

22-24 September 2022 |  Amanjaya Mall Sungai Petani

Karnival ini menghimpunan anak-anak muda dari seluruh utara. Pelbagai aktiviti sukan, pameran dan jualan telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung. KOHALAGEL telah menyertai karnival ini untuk mempromosi dan menjual produk keluaran Halagel.

Hari Koperasi Negara 2022 - ESCOM

27 – 31 Julai 2022  |  Mines International Exhibition & Convention Centre, MIECCAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan pameran serta jualan produk dan perkhidmatan koperasi bersempena Hari Koperasi Negara pada 27 – 31 Julai 2022 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre, MIECC, Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor. Objektif EsKOM ini diadakan adalah untuk memperkasakan sosio ekonomi gerakan koperasi setelah melalui fasa pandemik dan persediaan mengharungi persekitaran ekonomi semasa disamping mewujudkan nilai tambah dalam perusahaan dan perniagaan gerakan koperasi yang memberi kesan kepada pengembangan perniagaan serta mencapai impak pembangunan gerakan koperasi melalui pengembangan aktiviti ekonomi pelbagai sektor industri.

Kohalagel merupakan salah sebuah koperasi yang terlibat dalam pameran sepanjang program ini berlangsung. Bukan itu sahaja Kohalagel juga memperkenalkan produk yang akan dikeluarkan di bawah jenama koperasi sendiri iaitu Nutralab. Nutralab akan menjadi jenama bagi kategori makanan kesihatan di mana pada peringkat awal ini produk yang menggunakan jenama ini adalah Sacha Inci Oil + Vitamin D3 dan Blackseed Oil + VItamin D3 yang dijangka berapada di pasaran pada Februari 2023. Bukan itu sahaja Kohalagel juga terlibat dengan demostrasi produk di mana pihak Kohalagel telah menjalankan demo untuk produk garam bukit dan juga sardin ready to eat.

HALAL EXHIBITION EXPO PATTANI - AHEX 2022

17 – 19 Jun 2022 |  Asean Mall Pattani, Thailand
Koperasi diberi peluang untuk meneroka pasaran Thailand menerusi AHEX 2022 yang dianjurkan oleh Uniti Asia di Asean Mall Pattani. Maklumbalas yang diterima sepanjang program ini adalah sangat positif dan koperasi melihat pasaran Thailand berpotensi besar untuk diterokai terutama di 6 wilayah yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam.

 

EKSPO KOPERASI PULAU PINANG

17 – 19 Jun 2022 |   Mid Town Perda
KOHALAGEL telah dipilih oleh SKM Kuala Muda untuk menyertai program tahunan anjuran SKM iaitu Hari Koperasi Negara (HKN) yang dianjurkan oleh SKM Pulau Pinang.

EKSPO KOPERASI PULAU PINANG

2 – 4 Jun 2022 |   Seberang Perai Arena Convention Centre

SME Link - DOA Mart

28 – 30 Januari 2022  |   Jabatan Pertanian Negeri kedah
Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh bahagian usahawan Jabatan Pertanian Kedah. Mengumpulkan usahawan-usahawan untuk menyertai seminar keusahawanan sebagai langkah dalam membantu usahawan memasarkan dan mengembangkan produk-produk mereka.