VISI
Menjadi sebuah koperasi yang dinamik, maju dan berdaya saing mangikut prinsip-prinsip koperasi
MISI
Meningkatkan sosioekonomi anggota dan koperasi, memastikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti serta dapat menyalurkan pelbagai manfaat kepada anggotanya.
OBJEKTIF KOHALAGEL
Adalah menjadi hasrat kami dengan tertubuhnya koperasi ini dapat:
- Memberi dan membuka peluang keusahawan kepada anggota untuk menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan.
- Membantu menangani kos sara hidup anggota yang semakin meningkat dan terjejas melalui pembelian barangan secara pukal daripada pengeluar pada harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
- Menjana keuntungan hasil dari pelaburan dan perniagaan untuk dikongsi kepada anggota mengikut syer yang dibuat.
- Memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada anggota dalam bidang-bidang kerja yang akan wujud jika berlaku pengembangan fungsi koperasi di masa akan datang.
- Memimpin secara beransur-ansur anggota untuk menerajui atau membuka aktiviti perniagaan baru dibawah koperasi.
- Mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan anggota dengan memupuk semangat setia kawan dengan cadangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan seperti hari keluarga, program khairat kematian dan bantuan kepada yang kurang bernasib baik.
PRINSIP KOHALAGEL
Usaha koperasi ini yang dikelola oleh para anggota dengan membentuk pengurusan koperasi melalui penglibatan rapat para anggota dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi berikut:
- Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
- Kawalan Demokrasi oleh Anggota
- Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
- Autonomi dan Kebebasan
- Pendidikan, Latihan dan Maklumat
- Bekerjasama di antara Koperasi
- Berprihatin terhadap Masyarakat
PERJALANAN KOHALAGEL
Pengeluaran Produk Jenama Nutralab
Kohalagel telah melancarkan produk makanan kesihatan dengan jenama Nutralab.
Pelantikan Rasmi Pengedar Sah Halagel
Kohalagel dilantik sebagai pengedar sah untuk produk jenama Halagel untuk pasaran keseluruh Malaysia dan pasaran luar negara.
Penubuhan KoHalagel
Permohonan penubuhan koperasi telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).